Wednesday 16 January 2013

Tanda -Tanda Fibroid

ena terlintas nak post tentang fibroid kat blog selepas seorang kawan datang bercerita macamana luluh hati lepas tahu terdapat fibroid dalam rahimnya yang mana fibroid tu telah memenuhi ruang rahimnya. Dia bercerita sebab datang jumpa en untuk beli Premium Beautiful sebab dia tahu hasil orang yang pakai PB ni alhamdulillah makin pulih. Ye la kak dulu saya jual mahal sebab tak sakit sekarang saya datang cari akak sebab masalah saya tak kira la harga berapa pun. Daripada rahim saya kena buang......
Masa dia bercerita memang takde kesan pun yang menunjukkan dia ade fibroid, memang perut saya buncit kak tapi saya ingat buncit biasa. Last-last ade 2 3 orang tegur tentang perut saya, memang la berat saya naik pas kawen so saya buat tak tau sangat. Kebetulan hari tu saya pergi klinik mintak la doktor scan sekali, memang terkejut sangat bila doktor bagitau yang saya ade fibroid. Saya kena jumpa doktor pakar untuk appointment seterusnya. Tapi sebulan lagi then doktor tu suggest usaha cara lain dulu. Tu saya datang cari akak.......
Fuh memang  tak sangka muda lagi tak sampai 30-an tapi dah alami masalah ni, dah la baru kawen. Ya Allah mintak dijauhkan. Sebab tu la ena selalu share tentang kehebatan PB bukan untuk jual sangat sebab ena tahu kesan pada yang telah pakai sebab ena pun pakai.
Tapi setengah orang bila kita share....ala ko nak jual produk ko memang la citer yang hebat-hebat. Ya Allah sampai tahap macamtu kan, tapi takpe sebab kehebatan produk PB orang akan datang cari kita. So kat sini ena nak share skit info tentang FIBROID.

Fibroid adalah ketumbuhan biasa (bukan kanser) di dalam uterus dan ianya dibina oleh gentian otot. 
Punca berlakunya fibroid biasanya dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor termasuk genetik, hormon, dan faktor persekitaran. 
Ia menyerang 20% wanita berusia 50 tahun ke bawah (wanita di peringkat kesuburan) dan ianya merupakan penyebab utama wanita perlu menjalani histerektomi (prosedur untuk membuang rahim). 

Fibroid dikategorikan berdasarkan lokasinya seperti di bawah;
> Fibroid submukus- membesar dari bahagian bawah saluran rahim ke ruangan dalam rahim.
> Fibroid intramural- tumbuh di antara otot-otot rahim pada bahagian dindingnya.
> Fibrois subserous- tumbuh di bahagian luar dinding rahim
> Fibroid pedunculated- tumbuh secara berangkai dari permukaan bahagian rahim atau permukaan bahagian dalam rahim hingga dalam rahim dan boleh merebak ke serviks. 

Tanda-tanda fibroid adalah seperti berikut:

1. Aliran haid yang banyak disebabkan luas pemukaan yang besar, pertambahan saluran darah dan kelemahan sistem pembekuan darah.

2. Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar.

3. Berasa senak di bahagian bawah abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik.

4. Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan oleh fibroid.

5. Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus.

6. Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah.

7. Kerap membuang air kecil kerana fibroid menekan pundi kencing.

8. Sakit ketika melakukan hubungan seks..

Rawatan bagi fibroid bergantung kepada tanda yang dialami, umur, saiz keluarga, saiz dan bilangan fibroid yang anda ada dan keinginan untuk mengandung pada masa akan datang. 

Pilihan rawatan termasuk;
Sekiranya fibroid bersaiz kecil dan tidak menunjukkan sebarang tanda, pemantauan kerap dilakukan melalui imbasan ultrabunyi.

Sekiranya saiz fibroid melebihi 5 cm pembedahan untuk membuang fibroid (myomectomi) mungkin diperlukan. 

Sekiranya anda telah mempunyai anak, pembuangan uterus dan fibroid (hysterectomy) lebih digalakkan. 

Fibroid juga boleh dikecutkan tanpa menjalani pembedahan melalui pengurangan aliran darah kepada fibroid dengan menggunakan kaedah embolisasi. 
Fibroid mungkin akan berulang lagi. 

Cadangan ena melalui pengalaman client yang telah pakai :

Konsistan pakai Premium Beautiful selama 8 jam sehari

Insyaallah kita hanya berusaha Tuhan menetukan segalanya
 
 
info lanjut boleh coll ena : 0175786453@ 011-26491040

No comments:

Post a Comment